fb fb fb fb fb

285 perjawatan baharu bawah JIM akan diwujudkan

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 9 Disember- Sebanyak 285 perjawatan baharu akan diwujudkan di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, langkah itu merupakan sebahagian usaha kementerian untuk memperkasakan keupayaan sumber manusia jabatan tersebut.

Jelasnya, menerusi penstruktuan semula JIM, anggota sedia ada boleh merasai peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan laluan perkembangan kerjaya yang lebih cerah pada masa hadapan.

Pewujudan perjawatan baharu tersebut juga tidak memberikan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

"Isunya adalah sebahagian daripada pasukan sokongan ini mereka punya kelayakan yang tinggi tetapi jawatan yang mereka sandang sekarang adalah pada kedudukan kelulusan yang rendah sedangkan mereka ada upaya untuk mengisinya.

Kita akan lanjutkan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kita harap dapat berikan natijah hasil yang baik kerana itu akan memotivasikan anggota JIM untuk berkhidmat sebaik mungkin di bawah jabatan ini," kata Saifuddin kepada media selepas melakukan lawatan ke ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sini.

Sehingga kini, JIM mempunyai seramai 14,142 anggota dan pegawai di seluruh negara.


(Foto Fail)

Media Baharu