fb fb fb fb fb

26 hasil dapatan audit penarafan FAA berjaya ditutup

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Sebanyak 26 hasil dapatan audit penarafan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) terhadap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berjaya ditutup.

Ini melibatkan aspek teknikal setelah perbincangan dan pembetulan dilakukan pada 12 hingga 14 Julai lalu.

Bagaimanapun, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, masih terdapat tiga dapatan belum ditutup melibatkan teknikal dan latihan penyediaan silibus bagi inspektor CAAM.


(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

"Dalam hubungan ini, tindakan-tindakan pembetulan bagi menutup ketiga-tiga dapatan tersebut telah dikemukakan kepada pihak FAA pada 25 Julai 2022.

"Selanjutnya, pihak FAA akan membuat keputusan berhubung penarafan semula yang dijangka akan diumumkan pada bulan Ogos 2022", katanya.

Beliau menjawab soalan wakil Kuala Krai, Tuanku Abdul Latiff Abdul Rahman dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Pada 2019, FAA bertindak menurunkan taraf keselamatan CAAM dari Kategori 1 ke Kategori 2.

Satu pasukan khas telah dibentuk bagi menutup kesemua 33 dapatan awal daripada pihak audit berkenaan.

Media Baharu