fb fb fb fb fb

24 rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan

(Sebahagian daripada 24 rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang hari ini oleh Menteri Luar, Datuk Seri  Saifuddin 
Abdullah dari Phnom Penh Kemboja yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan/ BERNAMA)

SEPANG, 9 September - Tawaran pakej pelancongan percuma ke Kemboja antara taktik sindiket penipuan pekerjaan yang memperdayakan 148 warga Malaysia.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, pihaknya berjaya membawa pulang 92 rakyat Malaysia dengan kerjasama baik kerajaan negara Kemboja.

"Khusus untuk Kemboja, setakat maklumat kita kes yang dilapor ialah 148 kes, sebelum hari ini sudah 68 dibawa pulang, sekarang ini ada 24 orang yang sudah balik bersama-sama saya, masih ada 29 orang yang berada di depoh imigresen, tujuh di Phnom Penh yang saya jumpa pagi tadi dan 22 di Sihanoukville, ini bermakna 53 orang rakyat malaysia itu berada dalam keadaan selamat," katanya kepada pemberita di klia2 di sini hari ini.


(Datuk Seri Saifuddin Abdullah bercakap pada sidang media selepas membawa pulang warganegara
Malaysia dari Phnom Penh Kemboja yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan/ BERNAMA)

24 warga Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan selamat tiba dari Phnom Penh kira-kira pukul 4.40 petang tadi di KLIA 2, diiringi Saifuddin dan Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

29 lagi yang masih berada di depoh imigresen di Kemboja perlu menjalani prosedur dokumen perjalanan negara tersebut sebelum dibenarkan pulang.

Tambah beliau, rata-rata mangsa yang berusia 20 hingga 30 tahun ini dipaksa bekerja dalam aktiviti perjudian haram atas talian.

Media Baharu