fb fb fb fb fb

23 tapak pelupusan sampah tercemar ditutup

Nga Kor Ming / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Sebanyak 23 tapak pelupusan sampah yang tercemar dan tidak memenuhi syarat kesihatan telah ditutup.

Manakala 155 lagi akan ditutup secara berfasa menerusi pelan penutupan dan pemulihan yang dilaksanakan kerajaan. 

Jelas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, langkah itu seiring komitmen kerajaan dalam memastikan kelestarian alam sekitar untuk generasi masa depan.

"Sehingga kini sebanyak 23 tapak pelupusan tidak sanitari telah ditutup selamat dan melalui Pelan Penutupan dan Pemulihan Tapak Pelupusan Tidak Sanitari, sebanyak 155 lagi tapak terbuka di seluruh negara akan ditutup selamat secara berfasa berperingkat-peringkat," katanya di Dewan Rakyat di sini.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib.

Jelasnya, turut diperkenalkan kaedah guna semula tapak yang telah ditutup melalui pemulihan agar ia selamat digunakan.

Ia seterusnya dibangunkan sebagai taman awam Lestari Park, ladang solar dan fasiliti komuniti untuk manfaat masyarakat setempat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM