fb fb fb fb fb

23 Kolej Vokasional terap sistem 'Smart Home' & 'Smart Farming'

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 November - Teknologi Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) kini diintegrasikan dalam pembelajaran di 23 Kolej Vokasional (KV) melalui pelaksanaan Sistem Rumah Pintar atau 'Smart Home', khususnya dalam bidang teknologi maklumat.

Sementara itu, modul Pertanian Pintar atau 'Smart Farming' pula telah diperkenalkan dan dilaksanakan di enam KV Pertanian di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, langkah ini merupakan komitmen kementerian untuk memperkukuhkan kurikulum KV dalam pelbagai bidang pengajian.

"Dari segi pengairan dan penggunaan baja, semua aspek ini telah diintegrasikan dengan perkembangan teknologi dalam pembelajaran. Pada masa sama, kurikulum peringkat sekolah menengah turut menekankan bahawa semua program ini menjadi sebahagian daripada pembelajaran merentasi mata pelajaran sedia ada di sekolah harian," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Wong turut menjelaskan bahawa penerapan teknologi ini bukan sahaja terhad di Kolej Vokasional, malah diperluas ke sekolah menengah bagi memupuk kemahiran digital, inovasi dan pendedahan awal terhadap teknologi masa depan.

EZA YUSMAWATI YAACOP