fb fb fb fb fb

22 daripada 42 kes kematian yang dilapor berkaitan AEFI bukan disebabkan dos penggalak

KUALA LUMPUR, 17 Februari - 22 daripada 42 kes kematian yang dilapor berkaitan Kesan Sampingan Susulan Imunisasi (AEFI), bukan berpunca daripada pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19.

Demikian ditegaskan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Mohamad Sani dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.

Beliau berkata 22 kes kematian yang dilaporkan itu tiada kaitan dengan dos penggalak.

Manakala 20 lagi aduan AEFI yang diterima masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Dr Mohd Suhani Mohd Noor berkata setiap kes kematian perlu diteliti menerusi bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.


"Ingin ditegaskan di sini kematian AEFI adalah kematian setelah seseorang menerima vaksin. Ia tidak bermaksud bahawa kematian tersebut adalah disebabkan vaksin yang berkenaan.

"Dengan itu sudah pasti kematian AEFI perlu disiasat dengan telus dan teliti berdasarkan bukti yang ada sebelum semua keputusan dapat ditentukan sama ada kematian tersebut memang disebabkan vaksin atau tidak," kata Dr Mohd Suhani ketika ditemu bual RTM.

Media Baharu