fb fb fb fb fb

Sarawak bakal rekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini- Abdul Karim

Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Inovatif dan Creative Circle di Kuching

KUCHING, 12 Ogos- Sarawak bakal merekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setakat Julai, pihaknya telah merekodkan sejumlah 2.8 juta pelancong.

"Saya sangat teruja dengan apa yang berlaku, kita mungkin mencapai sasaran empat juta malah mungkin mencapai lima juta tahun ini, jadi tahun teramai pengunjung ke sini,"katanya.

Beliau menjelaskan, ia juga menyumbang sekitar RM7.3 bilion pendapatan berbanding RM5.7 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Inovatif dan Creative Circle di Kuching hari ini.

Menyentuh mengenai tiket kemasukan majlis perasmian Sukan Malaysia, SUKMA yang habis pagi tadi beliau meminta orang ramai untuk menonton siaran langsung di TV.

Katanya beliau sedar agak sukar untuk memenuhi jangkaan semua pihak.

Selain siaran langsung di RTM dan TVS, pihaknya juga menyediakan skrin besar di dataran stadium bagi penonton.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE