fb fb fb fb fb

200 petani dilatih, penggunaan teknologi agromakanan diperluas tahun 2027

Penggunaan teknologi agromakanan diperluas tahun 2027 Foto Hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Seramai 200 orang petani dilatih menggunakan pakej teknologi mekanisasi dan automasi moden bagi tanaman cili, halia, tembikai, nanas dan padi.

Usaha itu juga akan diperluas penggunaannya kepada 50 orang petani lagi pada tahun 2027.

Selain itu, Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) turut dilaksana bagi meningkatkan tahap mekanisasi dalam sektor agromakanan.

''Menerusi program ini, aset mekanisasi dan automasi kementerian dipertingkatkan menerusi perolehan jentera seperti traktor, jentuai, jentanam serta dron pertanian bagi mengukuhkan kapasiti perkhidmatan teknologi jabatan dan agensi di bawah kementerian.

"Perkhidmatan teknologi mekanisasi dan automasi ini kemudiannya ditawarkan kepada petani kecil dan sederhana pada kos yang lebih murah," katanya pada persidangan Dewan Negara, di Parlimen.

Jelas beliau, inisiatif tersebut akan diteruskan menerusi Program Modenisasi Pembangunan Teknologi, Mekanisasi dan Automasi (TMA) dengan peruntukan RM50 juta di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Ini termasuk penambahan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi meningkatkan produktiviti serta sistem amaran awal.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN