MATA AYER, 6 April-Seramai 200 orang asnaf seluruh DUN Mata Ayer disantuni menerusi Program Kasih Ramadan DUN Mata Ayer menjelang Aidilfitri.
Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai diagihkan kepada setiap asnaf.
Penyelaras DUN Mata Ayer,Siti Berenee Yahya memaklumkan, setiap penerima yang layak menerima sumbangan berkenaan dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) DUN Mata Ayer.
Sumbangan yang disalurkan diharap dapat membantu meringankan beban penduduk terutama untuk persiapan Aidilfitri.
Selain itu, ia juga sebagai tanda ingatan dari pemimpin setempat kepada mereka yang memerlukan.
Beliau ditemui media pada Program Kasih Ramadan DUN Mata Ayer di Kampung Ngulang yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais.
Selain program ini, sepanjang Ramadan turut dilaksanakan Program Ziarah Kasih, Kongsi Rezeki Juadah Berbuka Puasa dan Tadarus Al-Quran yang bertujuan memperkukuhkan ukhwah serta mengimarahkan bulan Ramadan.