fb fb fb fb fb

200,000 rakyat Malaysia hidap penyakit Glaukoma

(Pensyarah dan Doktor Pakar Mata Hospital UiTM, Dr. Fatin Hanisah Firman ketika ditemu bual Berita RTM di Angkasapuri, Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Enam peratus daripada penduduk di Malaysia dianggarkan menghidap penyakit Glaukoma pada tahun 2018.

Pada tahun ini, angka tersebut dilihat mencecah kira- kira 200,000 orang.

Pensyarah dan Doktor Pakar Mata Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Fatin Hanisah Firman berkata Glaukoma merupakan penyakit yang menyebabkan kerosakan pada saraf mata dan boleh menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat.

"Glaukoma ini merupakan satu penyakit yang menyebabkan kerosakan pada saraf mata , penyakit ni kalau tidak dikenal pasti pada peringkat awal dan tidak dirawat menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin lama semakin sempit, dan akhirnya menyebabkan kebutaan," katanya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.


(Gambar fail)

Menurut Fatin Hanisah, rawatan laser dan pembedahan boleh dibuat jika pesakit berada pada peringkat sederhana ataupun teruk.

Antara golongan yang turut berisiko tinggi menghidapi penyakit Glaukoma adalah golongan berumur 40 tahun ke atas yang mempunyai sakit kronik seperti kencing manis dan mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidapi penyakit Glaukoma.

Tambah beliau , proses saringan mata adalah cara yang terbaik bagi mengenalpasti secara awal mengenai penyakit Glaukoma.

Media Baharu