fb fb fb fb fb

20% DUN telah laksana Jualan Murah Keluarga Malaysia

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 22 Ogos- 120 daripada lebih 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara telah melaksanakan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) hingga minggu lepas, kata Anggota Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan terus menggerakkan semua lima kementerian peneraju untuk memastikan JMKM ini menjangkau semua DUN sekurang-kurangnya dua kali sebulan agar seramai mungkin rakyat dapat manfaat daripada inisiatif itu dalam mengurangkan beban kos sara hidup," katanya.

Selain KPDNHEP, empat kementerian peneraju yang bekerjasama bagi pelaksanaan program JMKM ialah MAFI, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Program JMKM yang memberi akses kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan dijual antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran, dijadual berlangsung selama 18 minggu sehingga akhir tahun ini.

(Datuk Seri Mustapa dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan
Jihad Tangani Inflasi ke-12)

Media Baharu