KUALA LUMPUR, 29 Oktober -Sebanyak dua Pusat Transit Gelandangan kini beroperasi bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu golongan gelandangan di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pusat berkenaan ialah Pusat Khidmat Gelandangan (PKG) Medan Tuanku dan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Anjung Kembara.
Menerusi penubuhan kedua-dua pusat itu telah memberi manfaat kepada 4,086 gelandangan.
"Penginapan sementara dengan kemudahan asas lengkap termasuk makan minum disediakan untuk tempoh dua bulan atau sehingga gelandangan ini mendapat pekerjaan dan penginapan tetap.
"Pada masa ini 914 orang penghuni nmendapat pellindugan di sini. Mereke tiada sebarang penyakit kronik berjangkit bebas pengaruh dadah, bukan kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak didignosis mendapat penyakit mental. Secara kseluruhannya pusat-pusat transit ini masih mampu menampung penghuni di kuala lumpur," katanya di Dewan Rakyat.
Jelasnya, PKG Medan Tuanku dijadikan sebagai tempat pemusatan aktiviti agihan makanan kepada gelandangan di sekitar kawasan Chow Kit , Jalan Tunku Abdul Rahman dan Medan Tuanku.
Sebanyak 200 hingga 250 pek makanan diagihkan kepada golongan ini setiap hari.
Bagi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Anjung Kembar pula, yang mempunyai kapasiti memuatkan 200 penghuni dalam satu masa.
Pusat tersebut turut mengamalkan konsep 'Tiada sebarang peraturan membebankan dan rumit' untuk membenarkan gelandangan di tempatkan di pusat itu.
Dalam usaha berterusan membantu golongan gelandangan untuk berdikari dengan lebih baik, Program Pemantapan Kendiri Gelandangan Di Kem Akal, Gemencheh diadakan .
Selain Program gantian kad pengenalan dengan kerjasama pihak MEKAR, Jabatan Pendaftaran Negara telah diadakan bagi membantu gelandangan memperolehi semula kad pengenalan yang hilang.