KOTA KINABALU, 29 Oktober - Genap sebulan prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, hari ini tiga saksi kanak-kanak terakhir dijadualkan menyampaikan keterangan mereka di Mahkamah Koroner di sini.
Memasuki hari ke-30 seramai 35 saksi telah memberi keterangan bersumpah di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Separuh daripada keseluruhan 68 saksi yang dijadualkan telah memberi keterangan bersumpah dam daripada jumlah itu, 26 saksi merupakan kanak-kanak.
Semua prosiding dijalankan secara tertutup mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 bagi melindungi identiti masing-masing.
Pasukan pegawai pengendali kes memaklumkan, prosiding bagi saksi kanak-kanak berjalan lancar dan teratur.
Kecuali insiden awal melibatkan saksi pertama yang enggan hadir susulan kebocoran maklumat di media sosial.