fb fb fb fb fb

2,500 pegawai dan anggota TDM sertai Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 tahun ini

PORT DICKSON, 1 Mac- Seramai 2,500 orang pegawai dan anggota pangkat-pangkat lain terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 yang julung kali diadakan di Kem Segenting, Port Dickson.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata tema "Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin” adalah seiring fokus Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk meningkatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan anggota dibawahnya.

Aspek itu merupakan faktor utama moral serta semangat untuk TDM melaksana tugas primer dengan lebih baik iaitu memelihara kedaulatan dan kepentingan negara.

"Tema ini dipilih kerana aspek kesejahteraan dan kebajikan seperti kemudahan rumah keluarga, pendidikan, kerohanian, kesihatan, pengiktirafan dan kelengkapan tempur persendirian merupakan sumber moral dan semangat warga tentera darat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada negara," kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Tentera Darat ke-89, di sini.


(Pertunjukan aset ketenteraan pada Majlis Sambutan Hari Tentera Darat ke-89)

Sambutan pada kali ini mempunyai kelainan berbanding sebelumnya iaitu Demonstrasi Dinamik yang dipertonton dengan mempamerkan keupayaan Aset dan Kompetensi TDM sebelum disusuli dengan Perbarisan Tempur.

Demonstrasi Dinamik yang dipertonton merupakan manifestasi TDM kepada kerajaan dan rakyat yang sentiasa bersedia dan berupaya melaksana tugasan serta misi yang diamanahkan.

Media Baharu