fb fb fb fb fb

181 terima darjah kebesaran, bintang dan pingat di Negeri Sembilan

181 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kali Ke-3, sempena Hari Keputeraan Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti

KUALA PILAH, 29 Januari - Seramai 181 penerima dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kali Ke-3, sempena Hari Keputeraan Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abd Khalid Othman mendahului senarai penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk.

Turut dkurniakan D.B.N.S ialah Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan, Adnan Ahmad, Presiden Hospital Negeri Sembilan, Dr. Anthony Gilbert Maria Soosai, Pengarah Pendakwaan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sembilan, Muhammad Zaki Md Sabri, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin dan Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ir. Rozman Mohamad.

Sementara itu, lima individu menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S), enam penerima Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T), 24 penerima  Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S), 44 penerima  Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C), 91 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan empat penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L).

TETITIA YUSOFF