fb fb fb fb fb

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Baru

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Januari - Lima jentera dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Sentul dikerahkan ke Kampung Baru pagi tadi, selepas menerima laporan insiden kebakaran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.18 pagi yang membabitkan kebakaran enam buah rumah di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru.

"Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.” menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF