fb fb fb fb fb

181 notis kesalahan jalan dikeluarkan menerusi Ops Khas Bersepadu di Pulau Pinang



SEBERANG PERAI, 5 Februari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah mengeluarkan 181 notis kesalahan jalan raya dalam Ops Khas Bersepadu.

Ia membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan lesen memandu, cermin gelap, lesen kenderaan, nombor pendaftaran dan lain-lain.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, 132 buah kenderaan diambil tindakan menerusi pemeriksaan terhadap 895 kenderaan.

Pihaknya turut memberi tumpuan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu 'High Intensity Discharged' (HID) yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Ini bagi memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan juga pemandu-pemandu mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah dalam perjalanan mereka," kata Aedy selepas mengetuai Ops Bersepadu JPJ sempena Tahun Baru Cina 22 yang berlangsung di Plaza Tol Juru semalam.

Ops yang melibatkan 55 anggota JPJ negeri turut disertai beberapa agensi lain antarabya Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam SekitAr dan Jabatan Imigresen.

 

Media Baharu