fb fb fb fb fb

15,000 peserta dijangka hadir Hari Sukan Negara peringkat Melaka

JALAN TAMING SARI, 12 Oktober- Seramai 15,000 peserta dijangka hadir pada Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2023 yang akan berlangsung pada Sabtu ini di MITC, Ayer Keroh.

Menurut Exco Belia, Sukan & NGO Negeri, VP Shanmugam, sebanyak 43 aktiviti serta sukan dipertandingkan serentak di 28 Dewan Undangan Negeri Melaka.

Antara aktiviti dan sukan dipertandingkan termasuklah e-sport piala Ketua Menteri, mini bike, pesta sukan tradisional dan banyak lagi.

Katanya, program berkenaan juga akan turut dihadiri atlet dan veteran yang mengharumkan nama Melaka.

"Fun run 5 km untuk org muda dan ada juga ' fun ride' 20km, mini bike dan lain-lain. Jadi saya yakin Sabtu ini akan penuh dengan semua sukan-sukan dan pada permulaan iaitu pada Jumaat akan diadakan 'big screen' bagi perlawanan antara Malaysia dengan India di MITC," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Apa Khabau YB di Konti Melaka FM, Jalan Taming Sari.

Majlis perasmian Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2023 akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh.


( VP Shanmugam menjadi tetamu program Apa Khabau YB di Konti Melaka FM, Jalan Taming Sari)

Media Baharu