fb fb fb fb fb

15,000 tan bahan kimia berbahaya melalui Linkedua setiap tahun

Latihan Simulasi Kecemasan Menangani Tumpahan Bahan Kimia anjuran Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia–Singapura ke-14 di Linkedua

ISKANDAR PUTERI, 22 Julai – Kira-kira 15,000 tan bahan kimia berbahaya direkodkan melalui sempadan negara di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (Linkedua) setiap tahun.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, tiada kes tumpahan kimia berlaku setakat ini.

Jelas beliau, rekod sifar itu perlu dikekalkan menerusi latihan simulasi berkala antara kedua-dua negara.

“Pertama, komunikasi di peringkat agensi-agensi kita untuk gerakkan aset, sumber manusia dan peralatan menangani tumpahan kimia.

Keduanya, komunikasi kita dan Singapura, jadi latihan ini sangat penting,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Latihan Simulasi Kecemasan Menangani Tumpahan Bahan Kimia anjuran Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia–Singapura (MSJCE) ke-14 di Linkedua.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, Wong Kang Jet.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN