fb fb fb fb fb

14 sindiket penipuan dalam talian, ditahan

(Komputer dan telefon bimbit dirampas dalam dua serbuan di Taman Mount Austin)

JOHOR BAHRU, 14 November- Polis Johor menangkap 14 sindiket penipuan kerja secara dalam talian menerusi dua serbuan di dua buah rumah sewa di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada pukul 6.00 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan melibatkan 10 lelaki tempatan, seorang lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 17 hingga 31 tahun.

Ahli sindiket berkenaan yang baru sebulan aktif berperanan sebagai pegawai sumber manusia dengan menawarkan gaji bermula RM2,500 hingga RM4,000.

Premis itu dijadikan sebagai sebagai pusat panggilan yang menawarkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor, "kebanyakan mereka ini melakukan penipuan di negara jiran. Pihak kita pun telah berkongsi maklumat ini dengan pegawai dan pihak berkuasa negara jiran. Beberapa tangkapan juga dilaksanakan."

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru.

Semasa serbuan, 18 unit komputer, 32 unit telefon bimbit dan papan putih berjaya dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan.

(Kamarul Zaman Mamat menunjukkan barangan yang dirampas)

 

Media Baharu