fb fb fb fb fb

14 kedai papan di Simpang Bekoh, Jasin terbakar

Usaha memadamkan kebakaran turut dibantu jentera dari BBP Ayer Keroh dan BBP Bukit Gambir/Foto JBPN Melaka

JASIN, 21 Julai - 14 unit kedai jenis papan terbakar dalam kejadian di Pekan Simpang Bekoh, Jasin, Melaka petang tadi.

Menurut Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba ll, Saiful Nazri Mohd Nor, kebakaran melibatkan enam buah kedai yang beroperasi termasuk sebuah kedai membaiki motosikal, manakala bakinya merupakan kedai kosong.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka menerima laporan mengenai kejadian sekitar pukul 4.57 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan BBP Jasin Bestari di gerakkan ke lokasi," katanya.

Usaha memadamkan kebakaran turut dibantu jentera dari BBP Ayer Keroh dan BBP Bukit Gambir.

Kejadian tidak melibatkan mangsa.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI