fb fb fb fb fb

136 usahawan terima Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS)

SHAH ALAM, 11 Oktober-Seramai 136 usahawan dari sembilan daerah di negeri ini terpilih menerima Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) dengan peruntukan sebanyak RM2.4 juta.

EXCO Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata mereka yang terpilih berpeluang menerima peralatan bersesuaian dengan perniagaan mengikut had nilai maksimum RM30,000.

"Kriteria utama pastinya kita nak mereka ini dari segi usahawan yang telah berkembang dah ada perniagaan dan mereka ini mencatat jumlah keuntungan dibawah RM300,000 dan kebawah setahun yang mana kita melihat potensi untuk mereka kembangkan mereka ini lagi dan pada masa sama kita juga menilai dari segi kesesuaian dimana perniagaan mereka ini diadakan ianya bersifat perniagaan yang setakat datangkan untung untuk ekonomi mereka sahaja ataupun dia boleh menambah nilai setempat", katanya demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Plak DUMS di sini.

Beliau turut berharap peruntukan inisiatif itu dapat ditambah pada tahun hadapan daripada RM2 juta ketika ini kepada RM4 juta bagi memberi lebih ruang dari segi jumlah geran diterima selain dapat memperbanyakkan program serta kursus bimbingan kepada usahawan.

DUMS yang dijenamakan daripada Dana Usahawan Mikro Selangor mula diperkenal pada 2015 bertujuan membantu peniaga kecil negeri ini meningkatkan produktiviti operasi selain meringankan beban modal membeli peralatan perniagaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD