fb fb fb fb fb

13 syarikat filem negara sertai Marche Du Film di Perancis

CANNES, 17 Mei- 13 syarikat filem Malaysia menyertai Marche Du Film iaitu program pasaran filem terbesar dunia di Cannes, Perancis.

Penyertaan menjadi platform terbaik bagi menghidupkan semula Program Insentif Filem di Malaysia.

Marche Du Film yang bermula hari ini sehingga 25 Mei dianjur sempena Festival Filem Cannes ke-75.

Ia mengumpulkan penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia.

Acara menjadi platfrom jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global selain menjadi medan berkongsi pandangan dan prospek projek filem.

"Penyertaan dan penglibatan Malaysia di MARCHE 2022 juga sebagai penanda aras kesungguhan Malaysia dalam mempromosi seterusnya menjual produk- produk kandungan kreatif negara di peringkat antarabangsa.Ini jelas membuktikan penyertaan Malaysia di pasaran antarabangsa dapat membantu syarikat tempatan menembusi pasaran kandungan kreatif antarabangsa dan secara tidak langsung menjana ekonomi negara," lapor wartawan bertugas, Mazliha Hamzah kepada RTM.

Antara syarikat Malaysia turut serta adalah Barnstorm Entertainment, Biscuits Films, Film Wallet Group, Iskandar Malaysia Studios, Jazzy Pictures dan Sarawak Media Group.


(Penganjuran tersebut menerima sambutan baik pemain industri dari seluruh negara)

Media Baharu