fb fb fb fb fb

12 syarikat konsesi lebuh raya catat kerugian

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 November – Sebanyak 12 daripada 33 syarikat pemegang konsesi lebuh raya di negara ini mencatatkan kerugian berdasarkan Laporan Kewangan Tahun Berakhir 2024 bagi syarikat berkenaan kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Antara konsesi tol yang rugi termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX), Lebuhraya KLK dan LPT1, Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (KSA), Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Setiawangsa–Pantai (SPE), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE), Terowong Jalan Dan Pengurusan Air Banjir (SMART), Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, 20 konsesi mencatatkan keuntungan termasuk Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya Jalan Pintas Selar Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Batu Pantai (NPE), Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau berkata cadangan pembinaan lebuh raya baharu perlu disokong unjuran trafik yang realistik serta pengiraan kewangan yang kukuh bagi memastikan projek tersebut berdaya maju.

“Ramai mahu lebuh raya dibina di sini dan di sana, tetapi jika trafik tidak mencukupi, projek sukar dijangka memberi keuntungan. Contohnya, cadangan Lebuhraya Pantai Timur dari Terengganu ke Kota Bharu dengan anggaran tol RM70 juta dan kos pembinaan RM10 bilion. Jika projek ini tidak berdaya maju, beban akan kembali kepada kerajaan", katanya ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan mengenai bilangan konsesi lebuh raya yang mencatatkan keuntungan dan kerugian.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD