fb fb fb fb fb

12 kematian baharu direkodkan, satu BID

 



KUALA LUMPUR, 29 Januari- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan jangkitan itu kini sebanyak 31,952 orang.

Jumlah kumulatif jangkitan yang dikesan di negara ini membabitkan 2.84 juta kes positif COVID-19.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu kes kematian yang dilaporkan membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau berlaku di luar hospital(BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan mengambil masa,sama ada pesakit meninggal dunia kerana COVID-19 atau disebabkan komplikasi lain.

Sementara itu, sebanyak 2,694 kes dirawat di hospital dan 127 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 127 kes ICU, 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala 70 lagi memerlukan mesin ventilator.

Data berkenaan juga menunjukkan terdapat 50,030 kes aktif COVID-19 di seluruh negara setakat kemaskini pada pukul 12 tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu, 43,145 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala seramai 4,064 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Media Baharu