fb fb fb fb fb

10,000 maklum balas Belanjawan 2024 diterima melalui portal - Kementerian kewangan

(Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 21 September- Sebanyak 10,000 maklum balas Belanjawan 2024 telah diterima Kementerian Kewangan melalui portal.

Manakala, 8,000 peserta berinteraksi secara bersemuka menerusi Dialog Belanjawan 2024.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, setiap maklum balas yang diterima akan diteliti untuk diberi pertimbangan.

"Kita tidak boleh janji semua 100 peratus maklum balas yang kita terima boleh dilaksanakan sebab kadang kala terdapat percanggahan daripada segi kepentingan dan setiap sektor mempunyai keperluan yang berlainan.

"Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan semua maklum balas yang diberikan tidak kira daripada kerajaan negeri ataupun daripada wakil rakyat, daripada penjawat awam, sektor swasta mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan," kata Steven pada Sesi Dialog Penyediaan Belanjawan 2024 sempena Program Jelajah Timbalan Menteri Kewangan II ke Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini.

Steven menambah, pasukan belanjawan akan membuat perincian terhadap keutamaan serta fokus kerajaan sebagai panduan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu