fb fb fb fb fb

10,000 liter minyak diesel untuk seludup ke negara jiran dirampas

Turut disita sebuah lori yang membawa minyak diesel

BUKIT KAYU HITAM, 31 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah berjaya merampas 10,000 liter minyak diesel yang bernilai RM21,500 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth dalam satu kenyataan berkata, serbuan dibuat sepasukan anggota penguatkuasa di sebuah stor haram tanpa nombor dI kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.
 
"Hasil  serbuan menemui sebuah lori  dengan tangki tambahan berisi cecair  yang disyaki minyak diesel.
 
"Semasa serbuan dijalankan pekerja dan pemandu lori berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran," katanya menerusi kenyataan itu.

Turut disita sebuah lori yang membawa minyak diesel.
 
Siasatan dijalankan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
 
KPDN Kedah memberi amaran keras dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang kawalan.

TETITIA YUSOFF