fb fb fb fb fb

1,000 tanglung menghiasi George Town sempena Tahun Baharu Cina

FOTO FAIL

GEORGE TOWN, 17 Januari - Sebanyak 1,000 tanglung telah dipasang disekitar George Town dalam memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tanjong Lim Hui Ying berkata, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM52,000 bagi pemasangan tanglung selain turut mendapat penajaan daripada pihak swasta.

"Pasukan kita telah berjaya menggantung 1,000 biji tanglung di seluruh kawasan Tanjung, kita mengalu-alukan semua pelawat datanglah ke Pulau Pinang untuk merasai suasana Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai," kata Lim Hui Ying.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyalaan Tanglung di sini. Majjlis turut dihadiri, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Tanglung-tanglung akan dinyalakan setiap hari sehingga tamat perayaan Tahun Baharu Cina.

TETITIA YUSOFF