fb fb fb fb fb

1,562 penduduk terjejas banjir di Kedah masih berlindung di 15 PPS

Foto APM

POKOK SENA, 25 Oktober -Seramai 1,562 penduduk terjejas akibat banjir di Kedah masih ditempatkan di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan empat daerah hingga pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataan memaklumkan, daerah Kulim mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,146 penduduk daripada 346 keluarga yang kini berlindung di lapan PPS.

"Mereka di tempatkan di PPS Surau Taman Sang Kancil, Dewan Kg Paya Tok Betok, SMA Isaniah Jangkang, Sk Pagar Museh, SRJC Khi
Min dan Dewan Orang Ramai Sg Karangan. Selain itu, Surau Kg Padang Meha dan SK Merbau Pulas," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Baling, seramai 340 penduduk daripada 118 keluarga ditempatkan di lima PPS iaitu SK Siong, SK Seri Bayu, Dewan Tun Abdul Razak, Kompleks Belia dan Sukan Baling serta SK Sri Bayu.

Di Pokok Sena, 73 penduduk daripada 23 keluarga kini berlindung di Dewan Serbaguna Pokok Sena, manakala di Pendang, tiga penduduk daripada sebuah keluarga ditempatkan di Dewan Badminton Tanjung Radin.

 
 

TETITIA YUSOFF