KOTA KINABALU, 20 September - Seramai 1,476 individu daripada 459 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Sabah iaitu Penampang, Membakut dan Papar setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, 53 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 24 di Penampang, 20 di Papar dan sembilan di Membakut.
Penduduk paling ramai terjejas banjir ialah di Membakut, melibatkan 738 penduduk terjejas daripada 247 keluarga berlindung di enam PPS.
Enam PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) ST Paul Kolopis (135), Kompleks Sukan Penampang (4), Kg Sarapung (153), Dewan Inobong (60), Dewan KDCA Penampang (20) dan Dewan Kampung Gawir, Madsiang (121).
PPS di Kg Sarapung dan Dewan Inobong turut menempatkan penduduk terjejas tanah tuntuh.
Di Penampang, 493 penduduk terjejas daripada 141 keluarga kekal berada di enam PPS.
Enam PPS tersebut ialah Dewan Masyarakat Bongawan (125), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yin (114), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan (80), SMK ST Patrick (125), SMK Membakut (143) dan Dewan Kesenian Islam (151).
Manakala di Papar, 245 penduduk terjejas daripada 71 keluarga berada di PPS Dewan Masyarakat Papar.