fb fb fb fb fb

1,050 terima bantuan pakaian seragam sekolah bagi sesi 2026

Majlis perasmian Agihan Kelengkapan Persekohanan sesi Persekolahan 2026 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

LANGKAWI, 18 November - Seramai 1,050 orang pelajar berkurang berkemampuan dan asnaf di daerah Langkawi layak menerima bantuan pakaian seragam sekolah bagi sesi 2026.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Langkawi, Muhammad Fitri Abdul Aziz, pelajar berkenaan merupakan sebahagian daripada jumlah 24,600 pelajar di seluruh Kedah.

Sejumlah RM78,750 diperuntukkan bagi tujuan tersebut dan bermula 18 November hingga 20 November ini di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

"Di Langkawi, kita telah memilih 50 murid dari kategori miskin bagi setiap sekolah. Secara keseluruhan, terdapat 21 sekolah rendah di Langkawi, dan peruntukan yang disalurkan adalah secara purata sekitar RM75 bagi setiap murid," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Agihan Kelengkapan Persekohanan sesi Persekolahan 2026 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pegawai Daerah Langkawi, Muhamad Subhi Abdullah dan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi Sektor Pembelajaran, Fazliana Mohd Salleh.

Sementara itu, Pegawai Daerah Langkawi, Muhammad Subhi Abdullah dalam ucapan merasmian mengharapkan para ibu bapa terus mengambil peduli tentang pembelajaran anak-anak walaupun mereka sibuk mencari rezeki.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI