fb fb fb fb fb

1,000 penggiat seni terima tajaan akaun i-Saraan KWSP – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil / Foto Bernama

PETALING JAYA, 22 April – Seramai 1,000 penggiat seni bakal menerima tajaan pembukaan akaun i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), sebagai usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial golongan tersebut.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu memberi keutamaan kepada penggiat seni yang masih belum memiliki akaun KWSP, dan kuota penyertaan dibuka sehingga September 2025.

“FINAS akan menaja pembukaan akaun i-Saraan KWSP kepada 1,000 penggiat seni yang belum mempunyai akaun. Keutamaan diberikan kepada mereka yang belum ada akaun dan kuota ini dibuka sekarang hingga September 2025,” katanya pada sidang media selepas Majlis Muhibbah Hari Raya Aidilfitri FINAS, di sini hari ini.

Kerjasama antara FINAS dan Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) itu turut membolehkan penggiat seni menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) tanpa had umur.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN