PRK Kinabatangan, Lamag: Seramai 196 anggota polis undi awal esok

Gambar arkib anggota polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal/Foto BERNAMA

KINABATANGAN, 19 Januari – Seramai 196 anggota polis akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengundian awal 196 anggota polis akan diadakan esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, dari 8 pagi hingga 5 petang.
  • Hanya satu saluran pengundian disediakan untuk anggota polis berkenaan.
  • Ramalan cuaca baik pada pagi dan petang hari pengundian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
  • PRK menyaksikan pertandingan tiga penjuru parlimen dan satu lawan satu DUN Lamag susulan kematian penyandang.

Proses pengundian akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan yang membabitkan satu saluran.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca baik di sebelah pagi dan petang pada hari pengundian.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar, yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Sementara itu, di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian. – BERNAMA