Kerja keras jentera PH mampu beri kelebihan kekalkan mandat

Perdana Menteri beramah mesra bersama para jemaah selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini. / Foto BERNAMA

SEREMBAN, 31 Julai – Kerja keras seluruh jentera Pakatan Harapan (PH) mendekati pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mampu memberi kelebihan kepada gabungan itu untuk mengekalkan mandat mentadbir negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menyeru seluruh jentera PH terus meraih sokongan sehingga tamat tempoh kempen.
  • Saingan daripada pihak lawan tidak boleh dipandang remeh, kata Anwar.
  • PH perlu pastikan hari pengundian terkawal melalui kerjasama dengan semua pihak.
  • PRN Negeri Sembilan ditetapkan 1 Ogos; melibatkan 859,760 pemilih, 401 pusat, 1,668 saluran dan 103 calon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seluruh jentera PH perlu terus giat meraih sokongan rakyat sehingga tempoh kempen berakhir.

Tegasnya, saingan daripada parti lawan tidak boleh dipandang remeh.

“Kita kerja sebaik mungkin dan insyaAllah kita yakin mencatat kemenangan.

“Yang penting kita tumpu (mendekati pengundi) dan selepas itu (hari pengundian) pastikan dalam keadaan terkawal, baik melalui kerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Datuk Seri Anwar yang juga Pengerusi PH ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini, hari ini.

Hari pengundian PRN Negeri Sembilan ke-16 ditetapkan pada 1 Ogos, melibatkan seramai 859,760 pemilih.

Sebanyak 401 pusat mengundi akan dibuka membabitkan 1,668 saluran.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan seramai 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.