Warga asing ditahan meniaga di bazar Ramadan

FOTO FACEBOOK JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 26 Februari – Sembilan pendatang tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Johor selepas didapati menjaja pelbagai jenis juadah di sebuah bazar Ramadan di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sembilan pendatang tanpa izin ditahan di bazar Ramadan kerana menjaja juadah tanpa dokumen perjalanan sah.
  • Tertuduh terdiri daripada enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia berumur 21 hingga 48 tahun.
  • Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan dua saman dikeluarkan kepada saksi.

Mereka terdiri daripada enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 48 tahun.

Pengarah Imigresen Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata semua individu terbabit dikesan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa dokumen perjalanan serta kebenaran sah.

Kes disiasat mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dua saman turut dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan.