Polis terima arahan pertuduhan kes kematian anjing semasa operasi tangkapan

Datuk Shazeli Kahar

SHAH ALAM, 19 Ogos – Polis menerima arahan pertuduhan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes kematian seekor anjing ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendakwaan dijangka turut melibatkan agensi penguatkuasa lain, bukan hanya anggota polis.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan kes ini.
  • Polis menasihatkan patuhi arahan dan hormati proses perundangan yang sedang berlangsung.
  • Siasatan dijalankan secara profesional dan tindakan akan diambil mengikut lunas undang-undang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, arahan berkenaan diterima selepas polis melengkapkan siasatan terhadap insiden yang berlaku dan pendakwaan dijadualkan di Mahkamah Majistret Klang, pada Khamis.

“Pertuduhan dijangkakan bukan sahaja pihak polis, tetapi ada agensi penguatkuasa lain juga yang akan turut menjalankan pertuduhan bersabit dengan isu terbabit,” katanya dalam sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di sini hari ini.

Pendakwaan itu dijangka melibatkan bukan sahaja anggota polis, malah anggota daripada agensi penguat kuasa lain yang terbabit dalam operasi berkenaan.

Datuk Shazeli turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan kes itu, serta mematuhi arahan polis dan menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung di mahkamah.

Siasatan dijalankan secara profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak, sebelum tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.

“Siasatan polis membawa kepada arahan pertuduhan. Kita tidak berpihak kepada mana-mana pihak, kita menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Sehubungan itu, kepada masyarakat, beri kepercayaan dan ruang kepada perundangan untuk melaksanakan tindakan sepatutnya,” katanya lagi.

Oang ramai perlu memberi ruang kepada proses kehakiman untuk berjalan tanpa sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau proses perundangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.