PGA Briged Tenggara rampas 1,500 anak pokok

Lori membawa 1,500 anak pokok disyaki diseludup dari Thailand dirampas PGA/Foto PGA Briged Tenggara

RANTAU PANJANG, 9 Julai – Sebanyak 1,500 anak pokok pelbagai spesies dipercayai dibawa masuk dari Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu operasi di Lubok Gong pada Ahad lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • PGA tahan seorang lelaki tempatan 33 tahun selepas lori membawa pelbagai anak pokok diperiksa.
  • Pemeriksaan menemui 300 anak pokok asam gelugur, 300 longan lada, 400 kelapa, 300 delima dan 200 nona.
  • Suspek mengemukakan invois, namun tanaman disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit; siasatan lanjut dijalankan.
  • Nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM188,500; kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Dalam operasi kira-kira pukul 5 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun turut ditahan selepas sebuah lori yang dipandunya didapati membawa pelbagai jenis anak pokok.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek didakwa menerima upah antara RM150 hingga RM300 bagi setiap penghantaran bergantung kepada kuantiti anak pokok dan jarak perjalanan,

Tambah beliau, pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan 300 anak pokok asam gelugur, 300 anak pokok longan lada, 400 anak pokok kelapa, 300 anak pokok delima dan 200 anak pokok nona.

“Suspek turut mengemukakan satu invois pembelian anak pokok, namun siasatan lanjut mendapati keseluruhan tanaman itu disyaki dibawa masuk dari Thailand dan dipercayai mengandungi serangga perosak serta penyakit.

“Hasil soal siasat mendapati suspek memperoleh bekalan anak pokok daripada seorang lelaki mengikut permintaan pasaran di sekitar Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM188,500.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.