
MIRI, 26 Ogos – Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita parah dan dua lagi cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Taman Awam Miri, Jalan Bintulu-Miri, awal pagi tadi.
- JBPM menerima panggilan pada pukul 3.00 pagi; Balai Bomba Miri tiba 3.05 pagi dan tiga mangsa wanita berjaya dikeluarkan.
- Pemandu, Lawrenezo Gelawat Lalung, 24, tersepit; dikeluarkan dengan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia.
- Enam anggota bomba menjalankan operasi yang tamat pada 3.53 pagi; mangsa cedera terima rawatan awal KKM dan punca masih disiasat.
Dalam kejadian , kenderaan berkenaan dipercayai melanggar sebatang pokok dengan kesemua empat mangsa terperangkap di dalam kenderaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri digerakkan ke lokasi kejadiam.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri tiba di lokasi pada pukul 3 .05 pagi mendapati tiga mangsa wanita telah berjaya dikeluarkan.
“Bagaimanapun, pemandu kenderaan, Lawrenezo Gelawat Lalung, 24 tahun, masih tersepit di tempat duduk hadapan susulan kemalangan itu.
“Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut”, menurut kenyataan hari ini.
Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan awal daripada pasukan KKM di lokasi kejadian.
Operasi yang melibatkan enam anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada pukul 3:53 pagi.
Punca kejadian masih dalam siasatan.