
KUCHING, 3 April – Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menahan 26 warga asing dalam operasi bersepadu, ‘Op Selera’ di sekitar bandaraya Kuching.
RINGKASAN BERITA AI
- Ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk bekerja tanpa pas atau permit sah.
- Kebanyakan didapati bekerja di premis makanan sekitar bandar Kuching, antara fokus utama operasi.
- Operasi dua hari turut tumpu premis perjudian yang dipercayai berselindung di sebalik kedai makan Jalan Green.
- Op Selera dilaksanakan untuk membanteras kehadiran warga asing yang gagal mematuhi peraturan imigresen.
Hasil pemeriksaan, kesemua individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah.
Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kebanyakan daripada mereka didapati bekerja di premis makanan di sekitar bandar Kuching yang menjadi antara fokus utama operasi.
Operasi dua hari itu turut memberi tumpuan kepada beberapa premis perjudian yang dipercayai berselindung di sebalik kedai makan di kawasan Jalan Green.
Operasi Selera dilaksanakan bagi membanteras kehadiran warga asing yang gagal mematuhi peraturan imigresen.