Kes pecah rumah: Polis giat kesan tiga suspek lelaki


MUAR, 21 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk rumah di sini pada 18 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian pecah rumah berlaku di kawasan perumahan dekat Bakri sehari selepas mangsa dan keluarga berangkat ke Kuala Lumpur.
  • CCTV belakang rumah dimatikan, suspek masuk melalui tingkap dapur pada pukul 10.14 malam, berada kira-kira sepuluh minit.
  • Wang tunai dan barangan berharga bernilai RM7,000 dilaporkan dilarikan; kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian berlaku di kawasan perumahan dekat Bakri, sehari selepas mangsa bersama keluarga meninggalkan kediaman untuk ke Kuala Lumpur.

“Pada hari kejadian, mangsa menerima notifikasi penggera sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) rumah sebelum mendapati CCTV bahagian belakang rumah telah
dimatikan.

“Semakan CCTV mendapati suspek, memasuki rumah melalui tingkap dapur pada pukul 10.14 malam dan berada di dalam rumah kira – kira sepuluh minit,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, suspek melarikan wang tunai serta beberapa barangan berharga yang bernilai RM7,000.00

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.