
KOTA TINGGI, 2 September – Dua vessel bersama muatan minyak bernilai RM260 juta dirampas selepas dipercayai menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di kedudukan 1.4 batu nautika barat laut Tanjung Buai di sini pada 3.20 pagi tadi.
- Dua vessel, bot tunda dan kapal korek berdaftar Malaysia dikesan berada rapat dengan keadaan mencurigakan.
- Muatan minyak disyaki tidak mempunyai dokumen pemilikan dan penghantaran.
- Kru masing-masing lima dan 13 orang; usia antara 22 hingga 58 tahun.
- Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata dua vessel iaitu bot tunda dan kapal korek yang berdaftar di Malaysia dikesan berada saling rapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan.
“Muatan minyak dirampas kerana disyaki tidak mempunyai dokumen pemilikan dan penghantaran,” katanya menerusi kenyataan.
Semakan turut mendapati bot tunda dan kapal korek itu dikendalikan dengan masing-masing lima dan 13 kru dalam lingkungan usia 22 hingga 58 tahun.
Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.