
IPOH, 24 Jun – Polis menggagalkan cubaan mengedar dadah bernilai RM120,050 yang dipercayai mampu dibekalkan kepada kira-kira 3,000 penagih.
- Serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Tiara menemui lebih satu kilogram ketamin dan 3,500 pil Erimin 5.
- Polis menahan tiga suspek, termasuk seorang wanita, berusia antara 17 hingga 43 tahun.
- Dua suspek direman sehingga 26 dan 28 Jun, permohonan reman seorang lagi ditolak; kes disiasat mengikut Seksyen 39B.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mendedahkan, tindakan itu dibuat menerusi serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Tiara, di sini, pada Isnin.
Pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan lebih satu kilogram ketamin dan 3,500 biji pil Erimin 5.
“Polis turut menahan tiga suspek, termasuk seorang wanita, berusia antara 17 hingga 43 tahun.
“Saringan awal mendapati seorang suspek positif ketamin, manakala dua lagi negatif dadah,” katanya.
Dua suspek direman masing-masing sehingga 26 dan 28 Jun, manakala permohonan reman terhadap seorang lagi ditolak Mahkamah Majistret Ipoh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.