31 warga China mengaku bersalah terlibat sindiket penipuan

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 26 Mei – Seramai 31 daripada 35 warga China yang ditahan semasa operasi sindiket Pusat Panggilan Penipuan Pekerjaan Sambilan tidak wujud, di Iskandar Puteri, di sini pada 14 Mei lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

RINGKASAN BERITA AI
  • ACP M. Kumarasan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes.
  • Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhkan denda RM3,500 bagi setiap tertuduh.
  • Empat tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) bagi tujuan pengesahan identiti dan akan dituduh semula pada Khamis.
  • Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman mengendalikan pendakwaan kes.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) M. Kumarasan dalam kenyataan memaklumkan, Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menetapkan tertuduh didenda RM3,500 setiap seorang.

“Empat lagi tertuduh, dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) bagi tujuan pengesahan identiti, dan akan dituduh semula pada Khamis ini,” menurut kenyataan itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.