Guru ditahan, disyaki lakukan perbuatan tidak bermoral

Foto hiasan

BESUT, 26 Mei – Seorang guru lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap dua pelajar di sini telah ditahan polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Polis Daerah mengesahkan penangkapan suspek berumur 42 tahun di kediaman keluarga kira-kira pukul 3.25 petang.
  • Tangkapan dibuat susulan laporan dua pelajar mengenai salah laku seksual melibatkan seorang guru lelaki.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
  • Suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret pada hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim dalam kenyataan mengesahkan tangkapan ke atas suspek berusia 42 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 3.25 petang tadi di kediaman keluarganya di Besut.

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat dua pelajar mengenai salah laku seksual membabitkan seorang guru lelaki di Besut,” kata Superintenden Rozaime.

Kes disiasat mengikut Sekyen 14 (A) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Besut, pada Rabu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.