fb fb fb fb fb

Warga Thai didakwa cederakan seorang lelaki

Tiada pengakuan direkodkan kerana suspek tidak memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

GEORGE TOWN, 24 Oktober - Seorang warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki.

Suspek, Phra Phumin, berusia 63 tahun, didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Kebun Sireh, Jalan Raja Gopal, di sini, Selasa lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan, kerana lelaki berkenaan tidak memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Selain itu, bantuan jurubahasa Thai diperlukan bagi membacakan pertuduhan.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim, Juraidah Abbas menetapkan 7 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan mendapatkan jurubahasa Thai.

Tiada jaminan dibenarkan ke atas tertuduh.

Pertuduhan dibuat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR