fb fb fb fb fb

Wanita warga emas ditemukan maut di rumah

Foto RTM

BINTULU , 27 Julai- Seorang wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Kampung Dato, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitenden Nixon Joshua Ali ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam awal pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang 24 jam.

Mayat mangsa dibawa ke Unit forensik Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian.

Beliau dalam masa sama menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tampil dan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu 

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD