fb fb fb fb fb

KPDN Kuala Lumpur sita selipar tiruan bernilai lebih RM23,000

Foto KPDN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 27 Julai-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur berjaya menyita 2,070 pasang selipar tiruan berjenama dalam serbuan terhadap tujuh buah premis perniagaan dan stor penyimpanan di sebuah kompleks perniagaan yang beroperasi di Lorong Haji Taib, Chow Kit, di sini.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar, hasil pemeriksaan pasukannya mendapati enam stor kompleks perniagaan berkenaan dijadikan tempat penyimpanan sebelum diedarkan untuk jualan.

"Pemilik perniagaan ini menjalankan perniagaan borong secara dalam talian dan menerima tempahan secara borong dari peniaga di sekitar Lembah Kelang dan turut menyediakan perkhidmatan pos bagi peniaga yang berada di luar Lembah Kelang.

"Premis ini telah beroperasi lebih kurang tiga tahun dan serbuan pada kali ini adalah tindakan kes kali kedua bagi premis serta pemilik yang sama", katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Syarina, seorang lelaki warganegara tempatan dan dipercayai pemilik perniagaan ditahan bagi sisatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) kerana melibatkan kesalahan berulang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD