fb fb fb fb fb

Wanita warga emas ditahan, terlibat aktiviti edar dadah

Barang yang dijumpai oleh polis ketika pemeriksaan di sebuah rumah di kawasan Miri

MIRI, 8 Jun- Polis dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak menahan seorang wanita warga emas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan itu.

"Suspek seorang wanita tempatan berusia 60 tahun bekerja sebagai pelayan restoran ditahan polis pada Khamis lalu pada pukul 7.30 malam bertempat di sebuah rumah di kawasan Miri.

"Hasil pemeriksaan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Syabu berjumlah 70.20 gram bernilai RM7,300.50," katanya.

Turut disita adalah wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM77,000.

Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebat tidak kurang 12 kali.

Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula 7 Jun hingga 12 Jun depan untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun beliau menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkan perkara itu ke balai polis berhampiran agar aktiviti berkenaan dapat dibanteras.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI