fb fb fb fb fb

Doktor dipercayai cabul pesakit dibebaskan dengan jaminan polis

FOTO HIASAN

IPOH, 9 Jun- Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Terdahulu, Hafezul Helmi dalam kenyataannya berkata doktor berkenaan ditahan pada Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu sehari sebelumnya.

Menurutnya mangsa mendakwa diganggu secara seksual oleh doktor terbabit semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE