fb fb fb fb fb

Terlibat sindiket judi, polis cekup 35 individu

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar/Foto RTM

JOHOR BAHARU, 9 Jun-Seramai 35 individu warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket perjudian tanpa lesen, di daerah Johor Bahru dan Muar, Johor pada tengah malam, kelmarin.

Kesemua suspek terdiri 32 lelaki dan 3 perempuan, berusia 20 hingga 68 tahun, ditahan menerusi serbuan di dua premis berasingan, antara pukul 11.45 malam hingga pukul 12.05 tengah malam. 

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pelbagai peralatan perjudian berserta wang tunai berjumlah RM32,687  dirampas. 

Tindakan penguatkuasaan turut dilakukan dengan memotong bekalan elektrik di dua premis terbabit, selaras dengan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta sama. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD